Tim Burton
Tim Burton

Tim Burton

Penerbit FilemPenulis SkripJuruanimasi Timothy Walter Burton [lower-alpha 1] (lahir pada Ogos 25, 1958) ialah seorang pembuat filem dan artis yang berwarga Amerika. Beliau terkenal dengan filem fantasi gotik dan seram seperti Beetlejuice (1988), Edward Scissorhands (1990), The Night Before Christmas (1993), Ed Wood (1994), Sleepy Hollow (1999), Corpse Bride (2005), Sweeney Todd: The Demon Barber of Fleet Street (2007), dan Dark Shadows (2012). Burton juga pernah mengarahkan 'superhero', seperti Batman (1989) dan Batman Returns (1992), filem yang bercereka sains fiksyen seperti, Planet of the Apes (2001), filem drama fantasi yang bernama Big Fish (2003), Charlie and the Chocolate Factory ( 2005), dan filem fantasi Alice in Wonderland (2010) serta Miss Peregrine's Home for Peculiar Children (2016).Antara para pelakon yang pernah bekerja dengan Burton dalam penghasilan filem ialah Winona Ryder, Johnny Depp, Lisa Marie (bekas teman wanita), Helena Bonham Carter (bekas teman wanita ) dan komposer Danny Elfman, yang pernah menghasikan skor muzik untuk semua filem milik Burton kecuali tiga filem. Burton juga menulis dan melakukan ilustrasi buku puisi The Melancholy Death of Oyster Boy & Other Stories, yang diterbitkan pada tahun 1997 oleh syarika penerbitan British yang bernama Faber and Faber, dan kompolisasi lukisan, lakaran dan karya seninya yang lain, bertajuk The Art of Tim Burton,sudah dikeluarkan pada tahun 2009. Susulan itu, beliau telah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk The Napkin Art of Tim Burton:Things You Think About in a Bar, yang mengandungi lakaran yang dibuat oleh Burton pada sehelai serbet di bar dan restoran yang dilawatinya, telah dikeluarkan pada tahun 2015. Antara penghargaannya termasuklah pencalonan untuk dua Anugerah Akademi dan tiga Anugerah BAFTA, dan menang untuk Anugerah Emmy dan Anugerah Golden Globe.

Tim Burton

Anak-anak 2
Pekerjaan Pengarah filem

Penerbit FilemPenulis SkripJuruanimasi

Artis
Pendidikan Burbank High School
Pasangan Lena Gieseke (Kah;1987- Cer;1991)
Tahun aktif 1971-sekarang
Rakan kongsi domestik Lisa Marie (1991-2001)Helena Bonham Carter (2001-2014)
Kelahiran
Timothy Walter Burton

25 Ogos 1958 (64 Tahun) Burbank, California, U.S.
Pusat pendidikan California Institue of the Arts